Monday, December 29, 2014

A-Z Reading Book

Hari ni nak share simple BBM untuk ajar Bahasa Inggeris kepada murid prasekolah. Saya buat bahan ini pada tahun 2013 dan telah melakukan sedikit improvisasi kepada bahan tersebut.

A - Z READING BOOK


Cara menggunakan:

1. Ajar satu set huruf dahulu (4 helai)
~ Apple
~ An apple
~ A red apple
~ I like to eat red apple

2. Untuk murid 5 tahun, cukup sekadar sampai "A red apple", manakala 6 tahun mengikut kemampuan murid. sampai habis lagi bagus ^____^

3. Setiap perkataan dijelaskan maksud

4. Jelaskan perbezaan A - consonant / An - Vowel

5. Utamakan ritma bunyi bacaan

6. Ulang bacaan ikut kreativiti guru

7. Guna buku Excercise 1 @ 2 sebagai pengukuhan

EXCERCISE 1
EXCERCISE 2


8. Buat kuiz perkataan sebelum pulang

Nota: 
- Buku boleh dibinding asing-asing supaya buku lebih banyak dan murid boleh baca secara individu atau berkumpulan....InshaaAllah murid akan lebih cepat menguasai. Hafal adalah teknik asas bagi menguasai maksud BI - BM

Pada tahun 2014, saya menggunakan sepenuhnya bahan bacaan ini kepada 17 orang murid 6 tahun kelas Pra Arrosa. Alhamdulillah, murid cepat faham maksud perkataan BI - BM. Semoga Bermanfaat!

Saturday, December 27, 2014

FONT for US

Berkongsi font untuk lembaran kerja atau BBM yang lain...

http://www.teachjunkie.com/blog-files/42-free-fonts-teachers/

http://www.fontspace.com/category/teachers

http://www.dafont.com/

http://www.teachjunkie.com/blog-files/26-free-fonts-teachers/

Mari belajar lagu huruf~

Sesi persekolahan 2015 bakal bermula...sedikit perkongsian dari Cikgu Aiza untuk guru-guru prasekolah yang ingin mengajar huruf kecil A - Z melalui lagu bentuk huruf....sebelum tu nak ajar nama-nama bentuk dahulu...

NAMA-NAMA BENTUK

- bulan sabit -

- ada satu -

- ada cawan -

- condong -

- ekor tupai -

- gunting patah -

- lompat sikit -

- mata kail -

- perut buncit -

- serong -

- tiang lampu -


- titik atas -

- tolak tepi -

- tongkat atuk -

Kalau nak yang bentuk BBM klik SINI


NEXT --------> lagu huruf.....tone tu......ikut sendiri la ye...huhu




























kalau rasa malas nak copy, boleh download kat SINI. tapi tulisan dia x cantik la pulak...

MOGA BERMANFAAT CIKGU-CIKGU SEMUA!


tips: print, laminate dan tampal :)

Tuesday, November 25, 2014

Jenis bantuan prasekolah

Pendidikan prasekolah dibawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia terbahagi kepada 4 iaitu:

JENIS BANTUAN
KADAR BANTUAN
Bantuan Geran Perkapita Prasekolah (PCG)
RM 100 seorang murid setahun
Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)
RM 25 seorang murid setahun
Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)
RM 2.25 sehari seorang murid (200 hari)
Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) - Insurans Takaful
RM 1.50 seorang murid setahun

Bantuan Geran Perkapita Prasekolah (PCG)
  •      Pembelian alat tulis dan keperluan bahan bantu mengajar
  •      Pembelian hadiah berkaitan P&P

Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)
  •      Aktiviti sukan / pertandingan anjuran sekolah / pihak luar
  •      Lawatan
  •      Hari Graduasi, Hari Lahir dan sambutan lain
Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)
  •      Pembelian bahan mentah kering dan basah
  •      Peruntukan makanan dalam apa jua sambutan jika perlu

Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)
  •      Perlindungan murid sekiranya berlaku kemalangan semasa sesi P&P sama ada di dalam atau di luar sekolah yang berkaitan


 *nilai PCG prasekolah bagi bantuan makanan adalah berdasarkan peruntukan bagi negeri SABAH

Sunday, November 23, 2014

Enrolmen Murid 2014

Pra Arrosa (6 Tahun)
Lelaki - 6 Orang
Perempuan - 11 Orang

Pra Blossom (5 tahun)
Lelaki - 8 Orang
Perempuan - 12 Orang

Pra Chrysa (6 Tahun)
Lelaki - 6 Orang
Perempuan - 10 Orang

Jumlah:
Lelaki - 20 Orang
Perempuan - 33 Orang


Latar Belakang Prasekolah SK Jaya Baru

Sekolah Kebangsaan Jaya Baru terletak di pekan Bukit Garam, Kota Kinabatangan, Sabah.

Mari lihat maklumat institusi prasekolah yang diambil dari website Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan:

Kod Sekolah
XBA2234

Lokasi
Luar Bandar

Alamat
WDT 22, 90200, Kinabatangan, Sabah

PPD
Kinabatangan

Parlimen
Kinabatangan

Dewan Undangan Negeri
Kuamut

Bahasa Pengantar
Bahasa Malaysia

Jenis Institusi
Sekolah Kebangsaan

Gred Institusi
A

No. Telefon
089-561134

Tarikh Ditubuhkan
01/01/1989
Prasekolah - Perluasan 2003 (2 kelas)
Prasekolah - Perluasan 2008 (1 kelas)

Sesi Prasekolah
Pagi Sahaja



Saturday, November 22, 2014

 
Copyright© All Rights Reserved praabcskjb.blogspot.com